[TERKINI] #PRKSgBesar #SCS93: PERDANA MENTERI TUNAIKAN HASRAT ECAH

Thursday 9 June 20160 comments



Ekoran berita yang mengatakan Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau lebih mesra dipanggil Ecah yang mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, pemimpin utama negara itu melunaskan permintaannya walaupun mempunyai jadual yang padat.

Najib yang bergegas dari Putrajaya selepas menyampaikan anugerah Usahawan Gemilang Empower ECER di Perdana Putra, berjumpa dengan Ecah dalam satu majlis ringkas di Masjid Al Mukmin Taliair 12, Sungai Nibong sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat terawih.

Kesempatan itu diambil Ecah yang sebelum ini turut menerima sumbangan peribadi Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemimpin negara itu.

Najib sebelum itu bebuka bersama 2,000 penduduk di Masjid Ma’muniah Sungai Nipah bersama-sama calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi. - Utusan

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger