[TERKINI] #PRKSgBesar #SCS93: IKRAR BUDIMAN MAMPU LONJAK SUNGAI BESAR

Thursday 9 June 20160 comments


Calon Barisan Nasional (BN), YB Budiman Mohd Zohdi meneruskan kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dengan membuat 'Ikrar Budiman' yang menggariskan tiga fokus utama seandainya dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut.

Tiga fokus tersebut adalah 1 Keluarga, 1 Mahasiswa; inovasi dan idea baru meningkatkan taraf ekonomi; dan menjadikan Sungai Besar sebagai pusat eko-pelancongan.

Beberapa pihak berpandangan bahawa 'Ikrar Budiman' ini merupakan langkah proaktif yang mampu menarik perhatian dan memenangi hati pengundi terutama kalangan golongan muda kerana menggariskan fokus yang memenuhi hasrat mereka dengan menitikberatkan soal pendidikan dan peluang ekonomi.

Malah fokus yang digariskan dalam ikrar tersebut dianggap bertepatan dengan keadaan semasa masyarakat Sungai Besar terutama melalui pengupayaan sektor eko-pelancongan yang dilihat mampu mewujudkan pelbagai peluang ekonomi dan pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Tambahan pula, kawasan Sungai Besar dikenali dengan pelbagai daya tarikan yang jarang-jarang ditemui di tempat lain termasuk makanan eksotik seperti landak, mentarang, kijang dan kancil, selain turut menyajikan makanan laut segar.

Nyata 'Ikrar Budiman' ini dianggap realistik dan bertepatan dengan keadaan semasa yang memerlukan pembangunan secara fizikal melalui penjanaan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan dengan melahirkan lebih ramai lagi golongan cerdik-pandai dalam masyarakat.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger