[TERKINI] IBU DAKWA DYANA KALAH SEBAB SERANGAN TENTERA SIBER UMNO

Monday 2 June 20144comments


Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya.

“Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu.

“Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yammy berkata, beliau akan tetap bersama Umno.

Katanya, terpulang kepada Umno sama ada mahu menyingkirnya kerana menyokong anaknya yang mewakili parti lawan.

“Saya mahu tunjukkan walaupun berlainan parti dalam satu keluarga, hubungan antara ibu dan anak tak akan terputus,” katanya.

Menurutnya, beliau menerima kekalahan Dyana Sofya dalam PRK itu dan menganggap anaknya berdepan dengan nama besar.

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan DAP kerana memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu mewakili parti tersebut.

Yammy berkata, walaupun anaknya kalah dalam PRK kali ini, beliau percaya Dyana Sofya seorang yang kuat dan tabah menghadapi cabaran.

Beliau berpendapat sokongan kepimpinan DAP amat berbeza kerana parti tersebut mendidik anaknya menjadi ahli politik yang bagus serta lebih komited.


Share this article :

+ comments + 4 comments

2 June 2014 at 09:21

Bukan. Bukan kerana serangan tentera siber UMNO.

Ini adalah ketentuan Allah.
Lebih-lebih lagijika DS menang dia pasti akan menolak "hukum Allah" seperti yang dijanjikan awal-awal lagi.

2 June 2014 at 09:50

Melayu tak tahu malu.. Keluar je lah dari UMNO.. .hidung tak mancung pipi tersorong sorong.. ..gunting dlm lipatan.. ..

2 June 2014 at 10:19

Parasit mcm ni buat apa disimpan...Anak dia DAP kalah salah UMNO juga sedangkan yang Bertanding BN Gerakan... Tapi masih nak berpaut di dahan UMNO... Hidung tak mancung pun pipi kena gigit semut...

27 June 2014 at 11:28

ni pun nak jadi isu ke? apa la bodohnya org2 melayu ni. biarla itu hak dia. kalu bapa ko suka makan nasi goreng takkan ko pun kene suka makan nasi goreng. itu pilihan masing2. lantak pi la dia nak masuk mana pun. aku rasa malu jadi org melayu sbb org melayu ni xberwawasan sibuk pasal org lain. cakap politik pompang2 tp asyik nak mengharap bantuan kerajaan sbb apa? sbb xmampu nak berdikari, nak menjana ekonomi keluarga pun xmampu. kalu dilihat usahawan cina lebih ramai dari usahawan melayu. melayu setakat berniaga di pasar malam boleh la. selain tu, melayu ramai di pusat serenti. HAHAHA sepatutunya pembangunan kaum melayu la yang perlu selalu dibincangkan dan perlu dijadikan topik utama di seluruh media bukan asyik nak berpolitik je..INI NEGARA MALAYSIA MA..SEPATUTUNYA SEMUA PERNIAGAAN DI MALAYSIA NI KILANG2, HOTEL2, GENTING, LOWYAT, DAN SBGNYA MESTI HAK MILIK ORG2 MELAYU MA...MANA ORG MELAYU NI? XKAN ASYIK NAK BERPOLITIK JE? FIKIR2KAN LA WAHAI ORG2 MELAYU HOIII..

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger