[TERKINI] WAJIB TONTON! TEMU BUAL KHAS HISHAMUDDIN DENGAN MEDIA ANTARABANGSA #MH370

Wednesday 2 April 20140 comments


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa agensi-agensi antarabangsa yang bersama-sama dalam misi pencarian MH370, tampil menjawab segala persoalan.

Dalam temubual bersama CCTV China, beliau menegaskan misteri kehilangan MH370 menyaksikan teknologi milik agensi berkaitan dipersoal masyarakat antarabangsa.

Sebelum ini, pasukan penyiasat teknikal daripada Rolls Royce dan Boeing sekadar bersama membantu proses siasatan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang laporan dibentangkan daripada pihak mereka mahupun tampil bersama dalam sidang media bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.

Selain itu, Firma Satelit Britain (Inmarsat) juga tidak menyertai sidang media harian pihak berkuasa Malaysia selepas data mereka merumuskan perjalanan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Hishammuddin dalam kenyataannya berkata pihak berkuasa kekal dengan pendirian tragedi MH370 disebabkan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di dalam pesawat.

Hishammuddin turut mengulas hal yang sama ketika ditemubual CCTV China.

Beliau sekali lagi menegaskan segala persoalan kemungkinan itu hanya dapat dirungkai sekiranya kotak hitam ditemui.




Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger