[TERKINI] #PRKKajang: BN KELUAR VIDEO CHEW MEI FUN

Thursday 13 March 20140 comments


Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan pemimpin politik yang mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang sepanjang berkecimpung di dalam arena politik.


Dengan pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, beliau diyakini mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di Kajang.

Sebagai rekod, Mei Fun atau lebih dikenali sebagai 'Comey' pernah digelar sebagai wakil rakyat 'longkang'. Ini kerana beliau sangat menitik-beratkan kebersihan dan sentiasa membuat aduan  berkenaan longkang tersumbat ketika berkhidmat sebagai ahli parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau juga merupakan seorang yang berprinsip dan memiliki moral tinggi, apabila meletakkan semua jawatan di dalam kerajaan dan parti apabila presiden parti MCA terlibat dengan skandal seks yang menggemparkan dunia politik suatu ketika dahulu.




Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger