[TERKINI] FARIZ MUSA BUAT KECOH DI PUSAT PENAMAAN CALON

Tuesday 11 March 20141comments


Fariz Musa, Ketua Jingga 13 cuba menarik perhatian orang ramai di pusat penamaan calon dengan membawa 1 tan sayur kangkung untuk menghina pemimpin Barisan Nasional (BN).

Tindakannya itu jelas mencerminkan budaya tidak sihat kepada rakyat selain menggambarkan tahap pemikiran bekas guru itu yang tidak bertamadun dan kebudak-budakan.

Walaupun tindakannya itu mahu dilihat sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup, beliau tidak sepatutnya membazirkan sayur-sayur itu yang masih segar dan boleh dimakan.

Ada baiknya sayur-sayur itu diberi kepada mereka yang memerlukan daripada dibazirkan begitu sahaja.

Pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) yang lepas, Fariz Musa merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di parlimen Pekan menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tewas kepada Perdana Menteri dengan majoriti 35,613 undi.

Share this article :

+ comments + 1 comments

11 March 2014 at 12:32

Inilah mentaliti tahap kangkong. Yang mendapat untung adalah penjual kangkong. Boleh beli rumah baru. Balik tanam kangkong lebih banyak lagi dan jual pada fariz.

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger