Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri sengaja menghasut penerima BR1M supaya tidak berterima kasih kepada kerajaan yang memberi bantuan itu.
Beliau dalam satu kenyataan media mendakwa bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak dapat menyelesaikan masalah peningkatan kos hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Sedangkan, matlamat pemberian BR1M adalah untuk meringan dan mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat di saat keadaan harga barang yang meningkat ekoran faktor ekonomi dunia yang tidak stabil.
Lebih biadap, beliau mendakwa jumlah bantuan yang diberi tidak seberapa dan terlalu sedikit untuk dinikmati oleh rakyat.
Soalnya, apakah pula tindakan kerajaan negeri Selangor untuk meringankan beban rakyat?
Walaupun mereka berbangga dengan nilai deposit yang tinggi di negeri Selangor, kenapa tidak digunakan wang itu untuk membantu rakyat?
Sedangkan, rakyat di Selangor lebih merasai bahang peningkatan kos hidup.
Oleh itu, Yahya janganlah hanya menjadi juara 'Mulut Longkong' dan berpolitik 24 jam sahaja.