[TERKINI] ANWAR CAKAP KHALID 'HARAMJADAH' ???

Sunday 16 February 20140 comments


Jika benar Datuk Seri Anwar Ibrahim bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, hasrat beliau mungkin tidak kesampaian apabila penyandang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan enggan melepaskan jawatan itu.

Sumber tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan, Abdul Khalid diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan parti itu, tetapi beliau menolak untuk berbuat demikian.

Surat sulit itu difahamkan, merupakan sebahagian daripada pelan ‘peralihan kuasa’ kepada Anwar untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor, lapor The Star.

Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.

“Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar,” kata sumber berkenaan dipetik akhbar tersebut.

Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.

Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.

Perkembangan itu juga dijangka menguatkan spekulasi Abdul Khalid akan menyertai Pas bagi membolehkan parti sekutu itu mengetuai jentera kerajaan menggantikan PKR yang mempunyai bilangan kerusi paling sedikit.

Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan ‘angin baik’ dan selalu tersenyum.

Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai ‘pengukur angin’ – kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.

Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi ‘pertempuran sengit’ dalam usaha mengekalkan kedudukannya.

Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.

Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya.

Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.

Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Menurut sumber, Abdul Khalid kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin partinya selepas Anwar dinamakan sebagai calon PRK Kajang.

Abdul Khalid juga dikatakan kecewa dengan kenyataan oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli – perancang utama ‘Pelan Kajang’ - yang pernah dilaporkan berkata bahawa Anwar mampu melakukan sesuatu yang lebih baik di Selangor berbanding Abdul Khalid.

Mohd Rafizi berkata Abdul Khalid adalah pentadbir yang baik tetapi tiada keupayaan untuk mengekang isu perkauman dan agama yang sedang dan akan dirancang oleh UMNO.

Malah kenyataan Anwar sendiri mengenai pelannya di Selangor turut tidak menyenangkan Abdul Khalid sebagai penyandang kerusi Menteri Besar.

Malah, kenyataan secara terbuka Anwar untuk memanggil bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam program pembangunan luar bandar Selangor juga dikatakan tidak disenangi kem Abdul Khalid.

Kenyataan itu dianggap bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kontroversi yang dikaitkan dengan Mat Taib ketika menjadi pemimpin UMNO.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger