[TERKINI] RAHSIA KANGKUNG YANG RAKYAT TIDAK TAHU

Wednesday, 15 January 20140 comments


Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.

“Nampaknya kita lebih gemar ‘share’ cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul” luahnya di laman Twitter miliknya semalam.

Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai ‘favourite’. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang ‘like’ dan dikongsi oleh 1,082 orang.

Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.

Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.

Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi 
pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.

Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.

Sumber: KL Chronicle
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger