[TERKINI] PKR SELANGOR MAHU BUANG KHALID IBRAHIM?

Sunday 26 January 20140 comments


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan pimpinan PKR Selangor mahu beliau dilucutkan daripada jawatannya itu.

Beliau kemudiannya berkata dakwaan itu telah pun dijawab Ketua Staf di bangunan Setiausaha kerajaan Negeri (SUK) yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

"Tentang isu letak jawatan Menteri Besar, saya tidak akan komen kerana Setiausaha Agung, sudah jelaskan," kata beliau selepas mengedarkan buah limau mandarin kepada rakyat di Pasar Pagi Alam Damai di sini.

Sebelum ini Pengerusi Biro pekerja PKR Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah mencapai konsesus mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat perkara tersebut akan diputuskan oleh kepimpinan teringgi parti. 

"Ya, secara kolektifnya kita dah bersetuju bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim wajib ditukar.. Ahli-ahli majlis pimpinan berbincang secara serius tanpa ada bantahan daripada mana-mana ahli majlis tertinggi, dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa Khalid perlu ditukarkan, wajib ditukarkan.

"Biarlah kepimpinan tertinggi parti untuk melaksanakan tugas mereka pula," katanya kepada Antarapos. 

Terdahulu Saifuddin dilihat cuba mempertahankan kedudukan Khalid selepas Menteri Besar itu dikatakan terpalit dengan kontroversi terbaru bersabit pengguguran timbalan parti Azmin lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Saifuddin berkata sungguhpun beberapa ahli MPP menzahirkan keperluan Khalid dipecat, tidak ada keputusan sedemikian diambil pada mesyuarat 15 Januari itu. 

"Tak bincang (lucut jawatan Menteri Besar). Jadi tak timbul isu Azmin ganti Khalid," kata Saifuddin.

Difahamkan pimpinan PKR Selangor semakin hilang keyakinan kepada Khalid berikutan belau seringkali membelakangkan parti dalam menguruskan negeri termaju di Malaysia itu.

Antarapos sebelum ini melaporkan Pejabat Menteri Besar telah mencadangkan kepada Exco Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula kedudukan Azmin sebagai ahli lembaga PKNS pada 2 November lalu.

Khalid bagaimanapun mendakwa beliau tidak terlibat dengan pemecatan Azmin itu.

Penafian Khalid itu disanggah PKNS dan mendakwa mereka hanya melaksanakan ketetapan yang telah dibuat semasa Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 November lalu. 

Natijahnya Pengurus Besar, Othman Omar dan Setiausaha Eksekutifnya, Norita Mohd Sidek dipindahkan ke SUK.

Khalid sekali lagi dicemuh kerana menghukum Othman dan Norita tanpa diberi peluang membela diri.

Sumber: Antarapos


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger