[TERKINI] PENGUSAHA BURUNG WALET MENGAMUK DI BANGUNAN SUK

Friday 13 December 20130 comments



Kerajaan negeri Selangor dengan sombong mengulangi tidak akan pertimbangkan tuntutan daripada Persatuan Pengusaha Burung Walet Selangor yang diarahkan memindahkan lokasi sarang burung.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa tindakan kerajaan negeri yang mengarahkan pengusaha industri itu memindahkan lokasi pembiakan sarang burung walet diputuskan ekoran aduan penduduk setempat yang tidak selesa dengan kewujudan burung itu.

Beliau turut mencabar pengusaha yang masih degil supaya membayar pampasan kepada penduduk setempat yang perlu berpindah akibat tidak selesa ketika berucap dalam sidang media hari ini.

Seramai 100 pengusaha burung walet hari ini berkumpul di pintu utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada 7 pagi tadi kerana berang diarahkan berpindah dari lokasi komersil kepada tanah pertanian.

Majoriti pengusaha mendakwa bakal mengalami kerugian berjumlah RM300 ribu sehingga RM500 ribu seorang untuk kos berpindah lokasi termasuk tidak berpeluang mengaut keuntungan.

Khalid selain itu berkata, tempoh tiga tahun yang diberikan sudah dipertimbangkan kerajaan negeri untuk pengusaha mencari lokasi iaitu menggunakan tanah pertanian yang sesuai untuk aktiviti perusahaan burung walet dijalankan.

Tambah beliau, mana-mana pengusaha yang sehingga kini tidak mempunyai lesen perlu memohon bagi mengelak tindakan undang-undang diadakan.

Khalid turut menempelak para pengusaha burung walet, "itu satu kesalahan mereka telah buat di tempat yang tidak sepatutnya dilakukan, kerana mereka tidak mahu berpindah. Mahukah mereka buat jiran-jiran mereka pindah?"

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger