Bencana banjir yang melanda sebahagian besar negeri di kawasan pantai timur mendapat simpati rakyat Malaysia.
Tidak ketinggalan kumpulan-kumpulan dari parti politik dan NGO berlumba-lumba menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Akibat terlalu banyak bantuan yang sampai, penulis difahamkan bahawa Menteri Besar Pahang lebih mengalu-alukan kehadiran sukarelawan yang boleh membantu untuk membersihkan kawasan-kawasan yang terkena banjir berbanding barang-barang keperluan yang sudah mencukupi.
Namun kehadiran jentera Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh naib ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dilihat tidak banyak membantu untuk meringankan beban mangsa banjir.
Mereka sebaliknya lebih banyak melakukan aktiviti 'POYO' dan 'syok sendiri' sahaja. Mereka jalan dalam kumpulan dan sibuk bertanya khabar berbanding membantu mangsa banjir membersihkan kawasan kediaman yang rosak teruk dan dipenuhi lumpur yang membusuk.
Gelagat 'POYO' para pemuda UMNO kini menjadi bualan orang ramai di sana. Cakap-cakap tentang gelagat pemuda itu difahamkan sudah sampai ke telinga pemimpin UMNO di situ.
Nampaknya, mereka ini lebih kurang sama sahaja dengan perangai buruk pemimpin parti pembangkang. Mereka datang bukanlah untuk membantu sangat, tetapi lebih kepada mahu mendapatkan publisiti.
Namun berbeza dengan jentera bantuan dari Puteri UMNO Malaysia. Mereka ligat membantu mangsa banjir. Ada yang sanggup meredah banjir sehingga paras pinggang untuk memberi barang-barang keperluan kepada mangsa banjir.
Ramai yang memuji sikap yang ditunjukkan oleh jentara dari Puteri UMNO. Ada sebahagian daripada mereka menjadi tukang masak di pusat pemindahan banjir.
Terus terang, pemuda UMNO perlu hentikan segera gelagat 'POYO' yang memalukan itu. Hentikan juga aksi-aksi 'POYO' di hadapan kamera. Jangan jadi seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini