Di saat mangsa banjir ditimpa malang, pihak tidak bertanggungjawab menyebar fitnah kononnya banjir yang melanda negeri itu berpunca daripada tindakan kerajaan negeri pahang yang meluluskan projek 1Malaysia Spiritual City (1MST).
Fitnah itu kini tersebar luas melalui laman media sosial termasuk aplikasi 'whatsapp' dalam telefon bimbit.
Lebih malang, maklumat itu seolah-olah cuba menyalahkan kerajaan negeri Pahang yang diterajui oleh parti Barisan Nasional (BN).
Mengulas lanjut fitnah yang tersebar luas itu, Exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin menafikan sekeras-kerasnya maklumat itu.
Dalam kenyataannya, kerajaan negeri Pahang tidak pernah meluluskan 1Malaysia Spiritual City seperti yang digembar-gemburkan dan merayu supaya rakyat tidak mempercayai maklumat itu.
"Saya minta hentikan sebar fitnah ini, sebelum Allah hantar bala yang lagi dahsyat kerana fitnah yang berleluasa," katanya menerusi laman facebook-nya.
Justeru itu, rakyat janganlah mudah terpedaya dengan kerja-kerja pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu memburuk-burukkan imej kerajaan negeri Pahang dan Barisan Nasional (BN).
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini