Pages

Wednesday, 11 December 2013

[TERKINI] ORANG UMNO MESTI KUASAI 'AYAT-AYAT POWER'


Orang mudah tertawan dengan kebolehan berpidato seseorang. Ada sampai ternanti-nanti sesetengah individu membuka bicara macam pungguk rindukan bulan.

Itu kehebatan mereka yang mampu menusuk jiwa dengan ucapannya.

Ramai beranggapan, kemahiran ucapan awam itu adalah bakat kurniaan tuhan tetapi tidak memikirkan ia juga satu teknik yang boleh dipelajari.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi, bakat satu perkara lain tetapi pengucapan awam boleh dipelajari tetapi tidak boleh diwarisi.

“Kalau sudah naik beribu-ribu kali atas stage, itu lain. Ini tak mahu tapi tidak berani mencuba platform. Gifted satu part tetapi benda ini kena belajar, ia tidak boleh diwarisi.

“Kenapa pidato Nurul Izzah tidak sehebat Anwar Ibrahim? Kenapa pidato Megawati tidak sehebat Sukarno? Benda ni (pengucapan awam) boleh dipelajari dan guna bahan pelajaran yang betul,” ujarnya kepada Malaysiagazette semasa membuat promosi bukunya Menggilap Pemidato Hebat sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini baru-baru ini.

Budiman, 41, anak kelahiran Sungai Besar itu pernah memenangi pidato pelbagai peringkat sejak zaman universiti itu kini salah seorang tokoh pemidato untuk UMNO Selangor dan penghujah mewakili pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Selain menulis buku, Budiman juga menubuhkan Jaringan Pemidato yang bertindak mengumpul mereka yang berminat secara online dan menganjurkan kursus Ayat Power.

Mengenai kepentingan pandai berucap dalam kalangan ahli-ahli UMNO, beliau menekankan perlunya ahli-ahli parti itu belajar berucap dan menguasai ayat-ayat power.

“Ahli-ahli UMNO kena belajar. Zaman ini zaman fakta. UMNO mesti kembali seperti zaman dahulu ketika parti satu ketika dahulu di mana ramai guru-guru jadi aktivis parti dan mereka ini pandai berucap,” ujarnya.

Kepada bukan orang politik, mereka juga perlu menguasai pengucapan awam dan komunikasi orator kerana mereka memerlukannya ketika proses mesyuarat dalam bidang kerja masing-masing.




No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini