[TERKINI] KEMALUAN DIPATUK ULAR KETIKA SEDANG BUANG AIR BESAR

Friday 13 December 20130 comments


Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa. Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media semalam.

Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya.

Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam.

“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi.

“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru.

Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang. – Agensi
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger