[TERKINI] WAJIB BACA! KEMENANGAN "ABG MAT" SATU RAHMAH BUAT UMAT ISLAM?

Monday 25 November 20130 comments


Laman sosial pro ulama, El Haraki mendakwa kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan Muktamar parti dua hari lepas sebagai meragukan.

Ikutilah penjelasan laman sosial itu selengkapnya.

KEMENANGAN MAT SABU : PROSES PEMILIHAN YANG MERAGUKAN

Berbaiah untuk memberi ketaatan dan wala’ kepada kepimpinan jamaah adalah suatu perkara besar yang sangat dituntut daripada ahli. Namun, ia hanya sah diberikan kepada kepimpinan yang memiliki syarat yang telah digariskan oleh Islam yang dipilih oleh perwakilan yang sah dalam muktamar melalui proses yang telus. Malangnya, banyak insiden meragukan yang boleh dibuktikan benar wujudnya telah mencemari proses pemilihan kepimpinan PAS kali ini.

Ia bukan lagi sekadar kecuaian biasa atau kesilapan teknikal akibat kelemahan manusia yang boleh kita bertolak ansur dengan ucapan permohonan maaf, tetapi ia sebenarnya adalah suatu kejadian yang dirancang rapi untuk memberi laluan mudah kepada ‘calon pilihan’ Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat sekaligus menyekat pesaing lain daripada memenangi pemilihan kali ini.

Logik mudah, pemilihan yang bermula sejak Jumaat lalu, masih belum dapat diumumkan keputusan penuhnya sehingga ke hari ini. Sedangkan, pilihanraya umum yang melibatkan lebih 11 juta pengundi pun boleh selesai sehingga diumumkan keputusannya paling lewat sebelum jam 11.59 malam. Para perwakilan perlu bersikap objektif dalam menilai peristiwa hitam ini, bukan soal kita tidak boleh bertolak ansur atau bersangka baik sesama anggota jamaah, tetapi ia berkenaan keabsahan kepimpinan yang dilantik dan kemungkaran terancang yang telah dilakukan.

Mengapa dikatakan ia meragukan dan sebuah perancangan yang telah disusun, berikut rasionalnya :

[1] Sebagai calon yang bertanding, tindakan Mat Sabu dan Husam Musa ke bilik pengundian pada 23 November 2013 pada jam 12.05 AM adalah sangat tidak munasabah dan meragukan.

[2] Proses pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden tetap diteruskan walaupun wujud kesilapan dalam proses pemilihan itu. Sekalipun kesilapan teknikal hanya wujud pada kertas calon Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Jawatankuasa Pemilihan sepatutnya menggangtung keseluruhan proses pengundian itu sehingga semua kesilapan diperbetulkan dan supaya tidak berlaku dua kali sesi pengundian.

[3] Peti undi bagi Jawatan Timbalan Presiden dibiarkan dalam tempoh yang sangat lama tanpa pemantauan dan kawalan ketat oleh Jawatankuasa Pemilihan.

[4] Portal berita MStar telah menyiarkan keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden berserta dengan bilangan undi setiap calon seawal jam 5 petang sedangkan keputusan rasmi hanya diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan sekitar jam 7 petang.

Hal ini bukan suatu perkara yang biasa dan isu kecil terhadap PAS. Ia suatu malapetaka terhadap seluruh ahli dan masa depan PAS. Para perwakilan perlu mengambil sikap lebih bertanggungjawab dalam hal ini dengan mengumukakan bantahan terhadap keputusan yang telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan. - aidc


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger