[TERKINI] PRKSgLimau: JOM PI HIMPUNAN BERSEJARAH ANAK MUDA #BeraniHijrah

Friday 1 November 20131comments


Satu program yang menghimpunkan kira-kira 3,000 pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau akan diadakan Sabtu ini bagi mengajak golongan itu membuat "penghijrahan" pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu.

"Himpunan Berani Hijrah Anak Muda Sungai Limau" anjuran Sekretariat Gelombang Merah Kedah akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang di sini mulai 4.30 petang hingga 11 malam.

Penyelaras sekretariat itu Anas Hafiz Mustaffa berkata program tersebut menfokuskan mengenai PRK yang akan berlangsung 4 November ini dengan memperkenalkan calon Barisan Nasional(BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim kepada pengundi muda terutamanya pengundi yang berada di luar Dun.

"Program khas untuk pengundi muda, kita mahu mengajak mereka untuk berani berhijrah dengan memberi peluang kepada BN melakukan pembaharuan di kawasan yang ditadbir oleh Pas sejak 1995," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Operasi BN di Sungai Limau di sini hari ini.

Anas berkata Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir akan turut sama turun padang bertemu dengan pengundi muda yang hadir pada program tersebut.

Antara program lain ialah bicara anak muda, perlawanan persahabatan bola sepak yang akan turut disertai Menteri Besar Kedah, persembahan artis dan lawak jenaka.


Share this article :

+ comments + 1 comments

2 November 2013 at 00:31

salam brotherhood bro
mohon tumpang pautan di blog u bro
tq salam perjuangan
http://pecahpalakmikir.blogspot.com

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger