#DunSelangor: [VIDEO] ZALIM! KERAJAAN SELANGOR ROBOH GERAI MELAYU! PUSAT URUT CINA?

Thursday, 7 November 20130 comments


Zalim! Itulah ungkapan paling tepat terhadap perbuatan tiada hati perut oleh kerajaan Selangor yang bertindak kejam meroboh gerai-gerai milik orang Melayu di Kajang baru-baru ini.

Seramai 13 peniaga warung di Cheras Kajang, Taman Mesra berang selepas warung mereka dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di bawah pentadbiran kerajaan Selangor.


Lebih malang, ketika kerja-kerja perobohan itu dijalankan, terdapat segelintir peniaga warung yang sedang menjalankan perniagaan seperti biasa.

Tindakan itu menyebabkan suasana tegang antara peniaga dan pihak MPKj hingga memaksa 24 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ke lokasi berkenaan untuk meleraikan pergaduhan.


Menurut peniaga Azli Shariff, 45, tindakan pihak MPKj itu bukan sahaja menyekat mata pencarian utamanya tapi turut berdepan dengan kerugian dan rungutan pelanggan yang menempah makanan di warungnya.

“Kenapa dalam masa lima tahun sebelum ini tiada tindakan roboh dibuat? Kenapa baru sekarang tindakan nak diambil setelah saya berhutang dengan Tekun Nasional, ditambah dengan hutang kereta dan belanja anak di universiti.

“Saya hanya menerima notis amaran sahaja tanpa menyatakan tempoh yang diberikan. Malah orang MPKj sendiri beritahu bila terima notis putih barulah kerja meroboh boleh dijalankan,” katanya.

Manakala seorang lagi peniaga Azlina Ahmad, 31 menyifatkan tindakan MPKj itu sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya anggap tindakan mereka ini sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebenarnya perkara ini boleh dibawa berbincang bagi mengelakkan masalah sebegini timbul.

“Saya sedih dengan tindakan mereka sebab pencarian utama saya hanya meniaga, bila kedai dah kena roboh, macam mana kami nak berniaga. Siapa nak bagi makan anak-anak saya, mereka masih kecil,”ujarnya

Dalam kejadian yang bermula jam 8.30 pagi itu, sebanyak 13 warung dirobohkan atas kesalahan membuat binaan tambahan pada struktur asal warung berkenaan.

Sekarang apa sudah jadi? Adakah ini contoh prinsip kerajaan Selangor yang kononnya jaguh membela nasib dan kebajikan rakyat?

Adakah ini tindakan pilih kasih? Gerai orang Melayu dirobohkan? Sedangkan, pusat-pusat urut haram milik orang Cina dibiarkan beroperasi pula?

Mana wakil-wakil rakyat dari Pas? Tidak mampu buat apa-apa untuk jaga kebajikan rakyat? Kalian memang bangsat! 

Nantikan hukuman rakyat!




Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger