[TERKINI] #PRKSgLimau: SINAR HARIAN DEDAH PEMBOHONGAN MAHA DAHSYAT PAS!!!

Monday 28 October 20130 comments


FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik 'superimpose' kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.


Penemuan risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik kotor untuk mengelirukan pengundi.

Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu membuktikan Pas sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan kemenangan terus kekal milik mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Umum mengetahui bahawa faktor ketokohan Tan Sri Azizan Razak sahaja yang mampu memberi kemenangan kepada Pas di sini.

Oleh itu, Pas sedaya upaya mengaitkan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat kononnya adalah anak didik kepada Azizan dan sebagainya. Sedangkan, calon Pas itu adalah proksi kepada musuh ketat Azizan sendiri iaitu Dato' Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi juga adalah perancang utama dalam usaha menggulingkan Azizan daripada terus menjadi Menteri Besar Kedah ketika Pas berkuasa suatu ketika dahulu.


Beliau juga adalah individu di sebalik pemasangan bendera Pas berwarwa hitam di seluruh negeri Kedah sebagai tanda protes ahli Pas Kedah terhadap Azizan. 

Kini, Phahrolrazi terpaksa menjilat semula ludah-ludahnya hanya untuk memastikan Pas menang di Sungai Limau. Hanya kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau sahaja mampu menamatkan perbalahan di antara kedua-dua kem pemimpin Pas itu.



Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger