[TERKINI] #PRKSgLimau: PAS TERPAKSA GUNA 'AWANG IMPORT' GARA-GARA SLOGAN #BeraniHijrah ?

Thursday 24 October 20130 comments


Barisan Nasional (BN) memilih slogan 'Berani Berubah' sebagai modal kempen untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.

Mengulas lanjut, calon BN, Prof. Dr. Ahmad Sohaimi Lazim ketika ditemu bual pada semalam, berkata, misinya adalah untuk membawa perubahan di Sungai Limau dengan usaha ke arah perpaduan ummah dan meneruskan agenda memajukan negeri Kedah. 

Ulasnya lagi, beliau akan mengamalkan kempen yang harmoni kerana mengenali peribadi dan menghormati bekas wakil rakyat di situ yang juga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak. 

Dalam pada itu, Pas dilihat tidak senang dengan slogan 'Berani Berubah' yang akan digunakan oleh BN sepanjang kempen di pilihanraya kecil (PRK) Sungai Limau. 

Difahamkan, Pas akan memperhebatkan program ceramah mereka dengan memanggil penceramah-penceramah hebat untuk membuat serangan balas bagi memastikan slogan 'Berani Berubah' tidak berjaya. 

Pas sebelum ini berasa selesa dan melihat kerusi DUN Sungai Limau sebagai kubu kuat Pas di Kedah. Namun pergolakan dalaman Pas Kedah sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada BN. 

Difahamkan pemimpin Pas yang pro kepada Datuk Phahrolrazi Zawawi sebenarnya tidak senang dengan pencalonan Ustaz Azam Samad yang merupakan orang kuat dalam kem Tan Sri Azizan. 

Berita selanjutnya, sila [klik sini]


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger