[TERKINI] PRKSgLimau: MAHFUZ OMAR GUNA 'TEORI KENTUT' UNTUK KELIRUKAN PENGUNDI

Saturday 26 October 20131comments



Semalam, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar bersama Pengarah Operasi Pas PRK Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah mendakwa, BN dikesan membuat tawaran kepada pengundi untuk menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkah mereka bagi mendapatkan 'habuan'.

Katanya, para pengundi diminta merakamkan kertas undi dengan menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya menunjukkan kepada petugas BN apabila keluar daripada pusat membuang undi.

Bagaimanapun, ketika diminta pemberita menunjukkan bukti tentang dakwaan itu, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah tergagap-gagap lalu berkata, ia merupakan amalan yang berlaku dalam PRK terdahulu dan dipercayai akan berulang di Sungai Limau lagi.

Barangkali, Amiruddin sudah lupa bahawa penduduk di Sungai Limau bukanlah seperti pengundi luar di Kelantan yang ditawarkan sejumlah wang oleh Pas bagi menunjukkan bukti mereka pulang dan mengundi Pas.

Pas pada PRU yang lepas telah menggunakan taktik ini untuk membawa para pengundi di luar Kelantan untuk pulang mengundi dengan menawarkan habuan lumayan jika mereka mengundi Pas. Difahamkan jumlah habuan sekitar RM300 - RM500 untuk setiap kertas undi yang ditunjukkan.

Taktik ini juga dilihat berjaya kerana memberi kemenangan kepada Pas untuk terus memerintah di Kelantan.

Yang peliknya, Pas pula menuduh BN akan melakukan taktik mereka di Sungai Limau.

Penduduk Sungai Limau tidak menggunakan telefon bimbit canggih atau 'smart phone' yang punya kamera untuk merakam kertas undi itu.

Penduduk Sungai Limau adalah petani dan nelayan yang serba kekurangan sejak kawasan itu dimenangi Pas. Rata-rata adalah golongan warga emas.

Tindakan para pemimpin Pas dan membuat kenyataan fitnah pada sidang media semalam jelas berniat jahat bagi menggambarkan bahawa BN mengamalkan kempen tidak sihat.

Ini dinamakan sebagai 'Teori Kentut'. Mereka yang kentut, sebaliknya tuduh orang lain pula yang kentut. 


Share this article :

+ comments + 1 comments

27 October 2013 at 11:58

Assalam Brotherhood. Mohon agar blog ini http://toramalaya.blogspot.com/ di linkkan dengan blog Tuan yang hebat. Terima kasih.
Tora Malaya..

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger