[TERKINI] SIAPA PENGKHIANAT MELAYU A.K.A KETUA BAHAGIAN UMNO DI SELANGOR!!?

Tuesday 17 September 20130 comments


Ketika banyak pihak masih hangat membicarakan berkaitan pengumuman Perdana Menteri mengenai langkah kerajaan untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, salah seorang ketua bahagian UMNO di Selangor pula dikesan telah mengkhianati kepercayaan orang Melayu negeri ini apabila melebih-lebihkan kapitalis bermata sepet dalam pengagihan projek-projek diamanahkan kepadanya selama ini.

Malah penulis difahamkan ketua bahagian itu menyerahkan beberapa projek bernilai puluhan jutaan ringgit kepada kroni Cina tersebut bertujuan memastikan survival politik peribadi dan kelangsungan kewangannya tidak digugat.

Pemimpin UMNO terbabit yang pernah menggangotai barisan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini, juga turut bertindak meletakkan anggota keluarga sendiri sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat-syarikat kroninya bagi memastikan kepentingannya sentiasa terjaga.

Menambahkan lagi perincian mengenai pengkhianatan ketua bahagian UMNO itu terhadap kepercayaan ahli dan kepimpinan parti, juga orang Melayu, apabila terdapat bukti menunjukkan penglibatannya dalam beberapa usaha mensabotaj Barisan Nasional semasa Pilihanraya Umum 13 lalu, termasuk menyekat sejumlah peruntukkan jentera BN dan merancang beberapa serangan terhadap calon BN di parlimennya bertujuan memburuk dan mengurangkan sokongan rakyat terhadap calon terbabit.

Walaupun wujud desakan pada peringkat bahagian dan cawangan meminta ketua bahagian UMNO itu segera berundur, namun nampaknya desakan tersebut tidak dipedulikan. Malah dia tetap berdegil dan mahu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini.

Memetik kenyataan Dato' Seri Noh Omar, baru-baru ini;
"UMNO bukan kepunyaan ketua-ketua bahagian. Sebagai ketua bahagian, kepimpinan kita adalah setakat untuk memajukan UMNO dan memastikan kejayaan kepada parti. 
Pada pandangan saya, kalau jadi ketua bahagian dalam banyak penggal sekali pun tetapi tidak mampu beri kemenangan kepada parti, apa guna jadi pemimpin... berilah peluang kepada orang lain dengan idea-idea baharu."


Penulis berpandangan adalah amat wajar untuk ketua bahagian terbabit tidak lagi mempertahankan kedudukannya memandangkan dia dilihat tidak berminat dalam sebarang agenda membela nasib Melayu, sebaliknya memerlukan jawatan tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi.

Justeru, penulis memberikan ruang untuk pemimpin terbabit membuat keputusan sewajarnya dan bersedia melakukan pendedahan selanjutnya, seandainya ketua bahagian terbabit masih meneruskan hasrat untuk mempertahankan jawatan disandangnya.

Apa-apa pun, penulis berharap semua pihak akan bersabar menantikan pendedahan mengenai pengkhianatan ketua bahagian UMNO ini - Siapa ketua bahagian terbabit? Dan bagaimana ketua bahagian itu mengkhianati UMNO dan orang Melayu? Sama-sama kita tunggu!

Selanjutnya, [klik sini]

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger