[TERKINI] SELEPAS SUHAIMI BABA, KINI JAMAWI JAAFAR PULA DIUGUT BUNUH!!? @JamawiJaafar

Thursday 5 September 20130 comments


KUALA LUMPUR – Selepas beberapa kali ditangguhkan penayangan akibat halangan segelintir ahli politik khususnya pembangkang yang buta sejarah, akhirnya filem Tanda Putera berjaya juga ditayangkan di layar perak.

Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama SENIMAN yang diterajui oleh Saudara Zed Zaidi mengadakan tayangan khas kepada Pemuda UMNO pada semalam adalah untuk memberi peluang kepada mereka menilai sendiri filem ini.

Selepas menonton, barulah kita membuat penilaian, sama ada filem ini boleh membawa mudarat atau tidak atau semata-mata propaganda pihak tertentu sahaja. Pada hemat saya, tiada sebab untuk menghalang filem ini daripada ditayang di seluruh negara.

Malangnya, ada golongan yang tidak matang telah menolak filem ini. Lebih malang, mereka membuat keputusan tersebut tanpa menontonya terlebih dahulu. Ini membuktikan bahawa mereka sebenarnya prejudis terhadap perjuangan orang Melayu.

Filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ini sebenarnya memaparkan perjuangan pemimpin kita pada masa silam, penting untuk dihayati oleh ahli Pemuda UMNO untuk mengetahui betapa besarnya pengorbanan mereka itu.

Saya juga menyarankan agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat sama-sama menyokong filem yang bercorak sejarah dan kisah benar ini agar dipertontonkan kepada penuntut di IPTA dan di IPTS.

Tanda Putera menceritakan tentang perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika negara sedang dilanda krisis dan ia merupakan sebuah filem epik yang wajib ditonton oleh setiap warga Malaysia.

Justeru, golongan yang menolak filem ini adalah golongan yang sempit fikiran dan bimbang generasi muda hari ini mengetahui punca sebenar berlakunya peristiwa bersejarah 13 Mei 1969 kerana Tanda Putera menceritakan kejadian sebenar yang penuh dengan fakta.

Sempena dengan bulan kemerdekaan ini, Pemuda UMNO berharap agar filem ini dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia untuk menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan. Kempen di kalangan Pemuda UMNO bahagian akan digerakkan untuk mengajak ahli-ahli mereka menonton filem sejarah ini.

Sebagai Pemuda UMNO, kita mesti menolak propaganda golongan pemimpin yang berfikiran sempit ini kerana mereka tidak memahami definisi patriotisme, sebaliknya menanamkan semangat perkauman yang tinggi.

Patriotik sangat luas maksudnya tetapi tahap tertinggi erti patriotik ialah mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya dan menjadi pembela negara, iaitu menghasilkan sesuatu filem itu juga dengan memfokus kepada tujuan mengangkat imej bangsa dan negaranya dengan mengambil kisah lalu untuk menjadi rangsangan dan renungan, sekali gus memberi kesan positif dalam erti kata sebenar. 

Pemuda UMNO juga berharap agar lebih banyak penerbit dan pengarah tampil untuk menerbitkan filem-filem bercorak patriotisme kerana negara kita mempunyai ramai tokoh zaman silam dan peristiwa penting yang boleh dikongsi untuk pengetahuan dan penghayatan rakyat negara ini.

Kita harap, filem patriotik dan kenegaraan mampu memupuk kesedaran baru untuk generasi muda rakyat negara ini supaya lebih bersikap toleransi dalam erti kata menghargai bumi tercinta, hidup harmoni dan bersatu padu dalam konteks semasa yang semakin kompleks.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger