[TERKINI] RASUAH PUNCA RUMAH URUT DI SHAH ALAM SAMA MERIAH BAZAR RAMADHAN!!? @KhalidSamad

Thursday, 11 July 20131comments




Walaupun ketika ini umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, pusat-pusat maksiat di Shah Alam terus bermaharajalela menjalankan operasi mereka tanpa halangan ataupun sekatan dari pihak berkuasa.

Hasil tinjauan malam tadi, beberapa rumah urut di Seksyen 15 masih beroperasi seperti biasa tanpa segan silu. Lebih memeranjatkan, pusat maksiat itu dikesan mula beroperasi seawal jam 12 tengahari.

Yang menghairankan, adakah pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak sedar ataupun hanya pejam mata? Tindakan diam diri oleh pihak MBSA menimbulkan syak wasangka terhadap kami sebagai penduduk di Shah Alam. 

Adakah pihak berkuasa MBSA menerima rasuah oleh pihak tertentu agar pusat maksiat itu tidak dikenakan tindakan sebarang undang-undang? Difhamkan, pusat maksiat itu turut beroperasi tanpa lesen sejak 5 bulan yang lalu.

Lebih malang, tindakan diam diri oleh Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad seolah-olah merestui operasi pusat maksiat itu. Sebagai wakil rakyat dari sebuah parti Islam, beliau sepatutnya cakna rakyat dan mengambil berat isu ini yang semakin menjadi bualan rakyat di Shah Alam ketika ini.

Kalau rumah-rumah urut itu beroperasi di Damansara, itu tidak pelik. Tetapi gejala ini berlaku di Shah Alam, sebuah bandaraya umat Islam yang terkenal dengan Masjid Biru-nya. 



Share this article :

+ comments + 1 comments

11 July 2013 at 14:21

sekarang nak salahkan sape? kerajaan sekarang telah dipilih oleh majoriti rakyat selangor! menyalak, melalak pon tak guna...puak mereka buat2 pekak badak jer! nasihat aku, terima lah seadanya! kehkehkehkeh!!!!!

Post a Comment

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger