[TERKINI] PRK KUALA BESUT: SIAPA MEREKA INI!!? #N01KualaBesut

Thursday, 18 July 20130 comments


Kempen calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut diperkuatkan dengan sentuhan pendekatan dua bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi itu.

Dua bekas Adun Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman (1979-1999) dan Abdullah Che Muda (2004), komited untuk membantu Tengku Zaihan mempertahankan kerusi itu pada PRK 24 Julai ini, yang diadakan berikutan kematian penyadangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun akibat kanser paru-paru.

Wan Zakaria berkata pengalaman menghadapi PRK Kuala Besut pada 1979 boleh beliau kongsikan bersama Tengku Zaihan walaupun senario dan kempen politik hari ini jauh berubah dengan adanya medium kempen baharu.

Sebagai wakil rakyat dari 1979 hingga 1999, Wan Zakaria berkata beliau cukup arif dengan pengundi di Kuala Besut dan cara lebih berkesan untuk mendekati mereka.

Menurutnya strategi kempen yang digunakan BN akan menjadi penentu kepada keputusan pengundi untuk memilih siapa wakil rakyat.

PRK Kuala Besut pernah diadakan pada 1979 juga pada bulan Ramadan yang menyaksikan kemenangan Wan Zakaria mewakili BN mengalahkan calon Pas Husin Jusoh dengan majoriti 797 undi.

Wan Zakaria menegaskan Tengku Zaihan merupakan calon terbaik berdasarkan keperibadiannya, latar belakang kerjaya dan sumbangan kepada penduduk di Kuala Besut selain anak tempatan.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger