[TERKINI] PRK KUALA BESUT: PENTAS CERAMAH RUNTUH, HADI AWANG NYARIS CEDERA!!!

Thursday, 11 July 20130 comments

Petugas media terpaksa bersesak di atas lantai pentas yang hampir runtuh.

Ceramah Pengisytiharan Calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut di Kampung Nail, kelmarin gempar seketika apabila lantai pentas utama yang menempatkan semua barisan tertinggi kepimpinan Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pertugas media hampir runtuh.

Kejadian itu berlaku sebaik selesai pengumuman calon dibuat, di mana pada ketika itu petugas media mula mengambil tempat di pentas yang diperbuat daripada kayu untuk sesi sidang media bersama calon dan pemimpin tertinggi daripada parti itu.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dan sesi sidang media diteruskan di pentas berkenaan, namun pihak keselamatan Pas terpaksa mengehadkan hanya sebahagian wartawan dan jurukamera dibenarkan menaiki tempat itu bagi mengelak kejadian menjadi lebih teruk.

Berikutan kejadian yang tidak diduga itu, hasrat pihak media untuk menemu bual Abdul Hadi juga tidak kesampaian apabila pengiring pemimpin tertinggi itu segera membawa turun tetamu kenamaan tersebut meninggalkan pentas.

Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger