[TERKINI] PRK KUALA BESUT: PAS KATA INI SEDEKAH BUKAN RASUAH!!? @Kualabesut_ #N01KualaBesut

Tuesday 23 July 20130 comments

Sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut terus meningkat walaupun Pas mula berkempen menyerang peribadi calon BN.

Melihat kepada sokongan yang semakin merundum, Pas sangat terdesak hingga cuba merasuah pengundi Kuala Besut dengan memberi minyak percuma kepada penunggang motosikal di stesen minyak Caltex, Kampung Nail bermula jam 12 tengahari hingga jam 3 petang, hari ini.

Yang peliknya, Pas tidak memberitahu berapa liter minyak yang akan diberikan secara percuma. 50 sen? RM 1? RM 2? RM 3? 


Lebih menarik, hanya penunggang yang berusia 21 tahun ke atas sahaja akan diberi minyak percuma. Perbuatan ini jelas adalah taktik memancing undi memandangkan tempoh kempen memasuki hari terakhir.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger