[TERKINI] PRK KUALA BESUT: GILA! PAS DAKWA PROJEK 250 JUTA RANCANGAN MEREKA!!? @kualabesut_ #N01KualaBesut

Monday 22 July 20130 comments


Pas mendakwa semua projek yang diumumkan oleh Barisan Nasional (BN) itu adalah hasil perjuangan dan kempen Pas selama ini untuk penduduk Kuala Besut.

Nak tergelak besar penulis dengar kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pas itu ketika sidang media pada semalam. Barangkali mereka sudah hilang akal dengan membuat kenyataan dan menipu rakyat di Kuala Besut kononnya mereka yang perjuangkan projek-projek itu.

Namun tidak pelik ada sebahagian rakyat terpengaruh dan percaya.

Projek-projek yang diumumkan oleh BN bukanlah projek 'express' atau umpan untuk meraih sokongan rakyat sempena kempen PRK Kuala Besut. Kerajaan BN telah lama merancang untuk membangunkan Kuala Besut kerana kawasan itu punya potensi menjadi pusat perlancongan terkenal.

Cuma projek-projek itu diumumkan awal untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN sentiasa punya formula untuk membangunkan sesebuah kawasan demi kepentingan rakyat di kawasan itu. Bukan gimik pilihanraya!

Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah rancangan projek mendalamkan sungai Kuala Besut dan pembinaan benteng pemecah ombak yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Projek itu bukan sahaja memberi manfaat kepada nelayan tetapi ia merupakan pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi di Kuala Besut. Ini kerana Kuala Besut akan menjadi gerbang pusat perlancongan antarabangsa jika projek itu dilaksanakan nanti.

Dalam rancangan projek itu, banyak penempatan baru akan dibina di kawasan itu kerana difahamkan pihak kerajaan negeri akan menambak sehingga ke kawasan pemecah ombak yang akan dibina. Kawasan sekitar pesisiran pantai akan dibangunkan menjadi perkampungan moden dan tersusun. 

Pengurusan sampah dan infrastruktur akan dipertingkatkan supaya bandar Kuala Besut menjadi bersih selari dengan hasrat kerajaan negeri yang mahukan negeri Terengganu menjadi negeri terbersih.

Memandangkan Pulau Perhentian diiktiraf sebagai pulau ke-13 tercantik di dunia oleh CNN, kerajaan negeri turut merancang akan mempertingkatkan pembangunan di sana dengan banyak lagi kemudahan untuk pelancong akan dibina. 

Secara tidak langsung, jika projek itu berjaya, rancangan jangka masa panjang ini bakal mengubah Kuala Besut menjadi sebuah kawasan terkenal di dunia. Maka wujud peluang pekerjaan untuk orang muda dan penduduk setempat.

Inilah janji kerajaan BN kepada rakyat demi mempertingkatkan taraf hidup penduduk di Kuala Besut. BN sentiasa mencari jalan bagi memastikan rakyat di Kuala Besut menikmati kemakmuran. 

Berbanding Pas yang hanya menipu rakyat kononnya projek itu adalah rancangan mereka sebelum ini. Lihatlah betapa ceteknya pemikiran pemimpin Pas yang hanya mahu dapat nama hasil usaha orang lain. Mereka tiada idea dan tawaran baru untuk membantu rakyat melainkan mahu berkuasa sahaja.

Oleh itu, rakyat di Kuala Besut jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan fitnah oleh mereka. Gunakan kesempatan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan apabila projek itu dilaksanakan kelak.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger