[TERKINI] PEREBUTAN KUASA : SIAPA AKHIRNYA JADI MENTERI BESAR SELANGOR!!?

Friday 10 May 20130 comments


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara terbuka mengkritik Anwar Ibrahim dan mahu pembangkang menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Azmin melalui laman Twitternya memberitahu bahawa rakyat sudah letih denga politik melampau dan seharusnya pakatan pembangkang bermuahasabah diri.

Beliau juga menyifatkan tindakan mengheret rakyat dipercayai merujuk kepada perhimpunan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya malam semalam sebagai membuli, selian seolah-olah meletakkan kegagalan merampas Putrajaya di atas bahu Anwar.

Ribut yang melanda PKR sehingga membawa kepada 'pemberontakan' itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa Anwar bersetuju untuk terus mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor walaupun dibantah beliau selaku Pengerusi PKR negeri.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,"katanya melalui Twiiter.

Tindakannya itu membuatkan beberapa rakan tweetnya mempersoalkan apa motif sebenar belliau bertindak demikian.

Seterusnya, Azmin berkata: "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.


Difahamkan Azmin akan mengadakan sidang akhbar hari ini, dipercayai ada kaitan dengan tindakan beliau melemparkan kecaman secara terbuka serta mengenai desas-desus beliau beersedia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Mengenai isu Menteri Besar Selangor, kini bertiup khabar angin bahawa Azmin, Ketua PKR, Zuraidah dan 11 lagi pemimpin kanan PKR akan bertindak keluar pakatan pembangkang jika Anwar tetap dengan keputusan untuk memilih Khalid Ibrahim sebagai memberi tekanan tambahan kepada Anwar.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger