[TERKINI] PENYOKONG DAP DIPENJARA 24 TAHUN KERANA MEMBUNUH!!!

Thursday, 16 May 20130 comments


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun ke atas sepasang suami isteri yang mendera seorang rakyat Kemboja, Mey Sichan sehingga mati tahun lalu.

Pasangan itu, Soh Chew Tong, 44, dan isterinya, Chin Chui Ling, 41, didapati bersalah mendera pembantu rumahnya itu sehingga menyebabkan kematian di premis No. 2190 Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam antara 1 Januari dan 1 April tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam kes pembunuhan itu.

"Selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan, saya mendapati pasangan ini bersalah kerana melakukan penderaan dengan tidak menjaga kesihatan pembantu rumah itu dengan betul sehingga menyebabkan kematiannya.

"Saya dengan ini menjatuhkan hukuman 24 tahun penjara setiap seorang dari tarikh mereka ditangkap pada 1 April tahun lalu," katanya di sini.

Pada Mac lalu, mahkamah telah meminda pendakwaan kes itu daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori kepada Seksyen 204A kanun yang sama iaitu melakukan tanpa niat.

Zamani berkata: "Anda harus bersyukur kerana saya telah mengubah pertuduhan itu jika tidak anda akan dihukum gantung sampai mati."

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Naizatul Zamarina Karizaman manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger