[TERKINI] : PECAH CERMIN BAS, SAMSENG POLITIK DITAHAN!!!

Saturday, 11 May 20130 comments


Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan terlibat dalam rusuhan yang melibatkan perbuatan memecahkan cermin sebuah bas di Pandamaran pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Yap Kwee Heng, 37, yang bekerja sebagai juruteknik didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin bas milik City Liner Sdn. Bhd. bernombor pendaftaran BKF 6758 dan menyebabkan kerugian dianggarkan RM5,000.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga menghadapi tuduhan kedua bersama-sama seorang peniaga barangan sembahyang, Lim Song Kuan, 32.

Mereka berdua bersama beberapa orang lain yang masih bebas didakwa berada dalam rusuhan tersebut dan memiliki topi keledar serta besi yang digunakan sebagai senjata untuk memecahkan cermin bas berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Jalan Mesra, Pandamaran di sini pada pukul 4.30 petang, 5 Mei lalu.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan.

Peguam bela R. Ramesh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan yang lebih rendah memandangkan kedua-dua tertuduh masing-masing menanggung isteri dan tiga anak.

Majistret Maslina Mohamed kemudian menetapkan jaminan RM5,000 terhadap Kwee Heng dan RM2,000 terhadap Song Kuan masing-masing dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Jun ini.
Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger