[TERKINI] LUBANG-LUBANG MAUT TERUS JADI MIMPI NGERI PENDUDUK SHAH ALAM

Monday, 27 May 20131comments


Bukan saja terpaksa menanggung kos kerosakan kenderaan, tetapi risiko kemalangan terhadap penduduk yang melaluinya lebih membimbangkan.

Itu antara permasalahan dihadapi penduduk di Shah Alam apabila terpaksa melalui jalan berlubang di sini.

Masalah yang berlaku sejak Khalid Samad menjadi ahli parlimen Shah Alam dilihat seperti tiada kesudahan kerana tiada usaha untuk menurap jalan melainkan hanya menampal lubang-lubang itu, namun jalan kembali rosak.

Banyak kenderaan penduduk yang rosak terutama di bahagian tayar dan rim kerana gagal mengelak lubang di tengah jalan. Itu masalah yang penulis hadapi sendiri baru-baru ini.

Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kereta MPV sebab saiznya lebih besar.

Lubang bukan sahaja ada di kiri atau kanan jalan, tapi di tengah-tengah, jadi tidak ada ruang mahu mengelak.

Keadaan lebih sukar apabila menjelang malam dan lampu-lampu jalan tidak berfungsi.

Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.

Buktinya, selepas sepenggal kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, masalah jalan berlubang berlaku di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini.
Share this article :

+ comments + 1 comments

27 May 2013 at 10:43

Nak kata apa lagi...terima lah hakikat pilihan hati...
Dah itu yang di pilih...

Post a Comment

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger