[TERKINI] DR RANI TAK LAYAK JADI EXCO SELANGOR!!?

Wednesday 29 May 20130 comments


Desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman bakal mengisi satu lagi kerusi exco kerajaan Selangor ternyata meleset.

Ini berikutan, tiada kelibat Dr Rani ketika raptai majlis angkat sumpah jawatan exco kerajaan Selangor di Istana Alam Shah, hari ini.

Sebaliknya, ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi dijangka bakal mengisi kekosongan itu yang diperuntukkan kepada PAS.

Sementara itu, PAS hampir pasti mengekalkan semua anggota exco mereka iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang), Iskandar Samad (Cempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang). Mereka semua hadir pada raptai majlis angkat sumpah.


Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger