[TERKINI] DISANGKA BANGLA, PEMUDA TERUK DIBELASAH PENYOKONG PR!!! #PRU13 #SayangiSelangor

Sunday, 5 May 20130 comments


Kuala Selangor - Seorang pemuda lembam cedera ringan dipukul beberapa lelaki disyaki penyokong pembangkang kerana menuduhnya sebagai warga Bangladesh yang ingin mengundi.

Kamal Krishnan @ Mohd Nizam, 33 yang menetap di Taman Kuala Selangor Jaya yang tiba untuk membuat pengesahan mengundi di Sekolah Rendah Agama Kuala Selangor, didatangi sekumpulan pemuda yang menuduhnya sebagai 'pengundi hantu'.

Abang mangsa, Zulkifi Mohd Nizam, 36, mendakwa adiknya yang mengalami kecacatan mental itu, tidak mampu berbuat apa-apa ketika diserbu dan kad pengenalannya dirampas.


"Saya begitu kecewa kerana golongan ini menganggap adik saya sebagai warga Bangladesh dan tindakan mereka merampas kad pengenalan adik saya amat melampau.

"Saya sekeluarga terkejut kerana ada yang memaklumkan gambar adik saya dipaparkan di laman sosial 'facebook' dengan niat menghina kerajaan Malaysia dan SPR kerana warga Bangladesh mampu memiliki kad pengenalan," katanya.

Beliau sekeluarga kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor kira-kira jam 3 petang semalam.

"Saya terpaksa membuat laporan polis dan menyediakan dokumen kelahiran bagi membolehkan adik saya mengundi kerana kad pengenalannya dirampas pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan yang dibuat dan akan melakukan siasatan mengenainya.
Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger