[KANTOI] RUMAH URUT SARANG PENGUNDI HANTU WARGA CHINA!!?

Monday, 13 May 20130 comments


ISU pengundi hantu bukanlah baru. Menjelang setiap pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, akan berbangkitlah isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk parti kerajaan.

Walaupun, SPR mengisytiharkan senarai pemilih adalah bersih setelah bekerja keras melakukan penambahbaikan pada senarai pemilih dari semasa ke semasa, ada sahaja tuduhan sedemikian seolah-olah pengundi hantu menjadi gejala pada setiap musim pilihan raya.

Sebelum ini, terdapat banyak kes bas-bas membawa pekerja kilang dan sebagainya ditahan oleh penyokong parti tertentu kononnya yang dibawa itu adalah pengundi luar dan pengundi hantu.

Pada PRU-13 yang baru berlalu juga berlaku tetapi bagi penulis dalam skala lebih besar dan lebih teruk. Pemilih yang mempunyai iras warga asing seperti rakyat Nepal berisiko ditahan.

Malah, sebelum hari pengundian Ahad lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan BN di negeri itu.

Tidak cukup dengan itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak dengan sasaran utama adalah Selangor.

Anehnya, isu pengundi hantu lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor. Kenapa dakwaan terbabit berhenti setelah pakatan haram menang di Selangor? Nampak jelas, segala dakwaan pengundi hantu adalah helah politik yang tidak berpijak kepada fakta.

Justeru, bagi penulis, ia kenyataan yang cukup jahat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti SPR dan lebih teruk lagi keyakinan rakyat terhadap sistem pilihan raya kita.

Berhentilah daripada kerja merosakkan institusi di negara sendiri jika kita berasa kita warga yang mulia, walaupun cita-cita kita dalam politik mungkin setinggi Everest.

Lagipun, banyak saluran undang-undang boleh diguna pakai jika timbul pertikaian berkaitan pilihan raya termasuk memfailkan petisyen pilihan raya.

Namun, pendedahan oleh beberapa blog sebelum ini tentang pengundi hantu dari China seperti ada kebenarannya. Golongan yang menyamar sebagai pelajar dan bekerja di rumah-rumah urut bukan sedikit bilangannya. Kehadiran golongan ini semakin meningkat setiap tahun.

Tahun lepas sahaja, pihak imigresen telah mendedahkan lebih 90,000 warga China gagal dikesan dan menetap lebih tempoh di negara ini.


Kemanakah warga China ini? Adakah bilangan rumah urut yang meningkat mendadak sejak akhir-akhir ini punya kaitan dengan agenda membawa masuk pengundi hantu warga China ke Malaysia?

Kalau bangla dan orang Myammar, kita boleh kesan kerana raut wajah mereka berbeza dengan masyarakat di sini. Namun, jika warga China adalah sukar untuk dikesan kerana mereka mirip orang cina di Malaysia.

Pihak kerajaan wajib menyiasat perkara ini! 



Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger