[WAJIB TONTON] JOM KENALI CALON BN N.03 SUNGAI PANJANG, BUDIMAN MOHD ZOHDI #PRU13 #SayangiSelangor

Monday 29 April 20130 comments


Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal mewakili masyarakat 1Malaysia di DUN Sungai Panjang (N.03), adalah anak watan Sungai Besar sendiri. Calon dimaksudkan adalah Budiman Mohd Zohdi, dilahirkan pada 11 Mac 1972 di Kg. Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor. 

Calon ini telah mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Sri Makmur, Sg. Besar. Beliau meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Sungai Besar.

Sejak kecil dan awal remaja lagi, calon ini telah menunjukkan bakat kepimpinan di mana beliau banyak melibatkan diri dalam pertandingan pidato dan syarahan sewaktu di alam persekolahan lagi.

Setelah tamat alam persekolahan, beliau berpeluang menuntut di luar Selangor, iaitu ke Politeknik Kota Bharu dalam jurusan pemasaran. Di sini bakat kepimpinannya digilap lagi, iaitu ketika memimpin gerakan mahasiswa di politeknik dan universiti tempatan dari tahun 1992 sehingga 1997.

Disebabkan keinginan dan dahagakan ilmu, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Ketika di UKM, beliau telah dilantik menjadi Presiden Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan memimpin gerakan mahasiswa - Tindakan Mahasiswa Bersatu pada tahun 1997.

Tahun 2003, menyaksikan calon kelahiran Sungai Besar ini menggulung Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).


UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL N.03, BUDIMAN MOHD ZOHDI

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger