Sudah menjadi lumrah, seorang pemimpin UMNO yang khianat dan sertai Pas akan mendapat layanan '1st class' oleh pimpinan Pas. Maka heboh sana-sani seperti meraikan suatu kejayaan yang besar. Sebab itu ramai akar umbi Pas benci dengan perangai sesetengah pemimpin Pas.
Jadi timbul persepsi yang pelbagai terhadap tindakan Mat Taib itu. Bagi penyokong yang positif, mereka membuat andaian kononnya tindakan Mat Taib adalah satu strategi untuk membawa Pas dan UMNO ke jambatan perpaduan. Manakala yang negatif, mereka tidak senang kerana Mat Taib dikatakan sarat dengan skandal yang tiada untungnya dan boleh merosakkan Pas.
Bermula dengan skandal hubungan terlarang bersama Ku Yah (adik kepada Sultan Selangor), selepas itu skandal melarikan wang haram berjumlah RM3.5 juta ketika sedang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor masih bermain di ingatan rakyat. Ekoran skandal itu, Mat Taib tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor.
Namun apa yang didedahkan oleh blog pro-pakatan haram, Milosuam sungguh mengejutkan. Dalam entri tidak lama dahulu, blog itu kononnya mendedahkan skandal Mat Taib. Berikut adalah entri tersebut:
Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mike Tyson buat perangai lagi. Naib Presiden UMNO ini pernah menggemparkan dunia sebagai seorang pemimpin Melayu yang handal - bapak rasuah dan kaki betina.
Baru-baru ini satu lagi skandal Mike Tyson terbongkar iaitu beliau mempunyai hubungan sulit bagi tujuan seks dengan Ummi Hafilda.
Pada 23 April 2001 ( Isnin) yang lalu, sekitar jam 9.00 pagi, isteri Tan Sri Muhammad Taib telah menyerang Ummi Hafilda di sebuah restoren di Sri Hartamas. Ummi yang baru selesai 'breakfast' dan sedang membuat pembayaran di kaunter, telah diheret ke dalam kereta dan diserang oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib.
Ummi dilapurkan malu dan menangis kerana beliau diheret tangannya, dimaki hamun dan diserang oleh isteri Mike Tyson di hadapan khalayak ramai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Telefon bimbit Ummi juga dirampas dan dilemparkan sehingga pecah dan berkecai.
Sejurus Ummi keluar dari kenderaan tersebut, muka Ummi didapati mempunyai kesan-kesan calar dan luka berkemungkinan akibat pertengkaran yang berlaku di dalam kenderaan isteri Mike Tyson.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhammad, hubungan suaminya dengan Ummi telah sekian lama dipantau sehinggalah pada 21 April 2001 (Sabtu) yang lalu apabila beliau dapat mengesan percubaan Ummi untuk menghubungi Tan Sri Muhammad Taib melalui telefon.
Malangnya, panggilan tersebut telah dijawab oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib sendiri dan beliau terus memaki hamun Ummi kerana menceroboh kebahagian rumah tangganya. [Tranungkite]
Walaubagaimanapun, Mat Taib hanya dipergunakan oleh pemimpin Pas untuk dijadikan modal propagandan mereka sahaja. Mungkin juga mereka saling mempergunakan. Alasan kerana UMNO sudah hilang roh adalah alasan tidak masuk akal.
Sejak akhir-akhir ini, ramai ulama dan pemimpin berlatar belakangkan agama secara terbuka menyokong UMNO. Malah ada yang tinggalkan Pas dan berjuang bersama UMNO. Mereka kata Pas sudah lari dari perjuangan asalnya, penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa. Dan terbaru seorang pemimpin Pas terlibat dengan skandal seks apabila video lucahnya tersebar di media sosial.
Walaupun UMNO dituduh mengamalkan korupsi dan pelbagai tuduhan jahat, belum ada lagi bukti yang didedahkan. Sebaliknya kegiatan jahat pemimpin Pas yang banyak terdedah. Dakwaan tanpa bukti itu fitnah!!!
Ini apa maksudnya? Parti mana yang hilang roh? UMNO atau Pas?
Bersambung...nantikan pembongkaran PART 4
aku rasa sebab banyak alim ulama mula menyokong UMNO, segelintir parasit mula ketar lutut, kot? hehehe
ReplyDeleteaku agak jer sebab
Aku Yang Bingai:
PRU13 - Ibrahim Ali dan Nallakarupan Korban Prinsip? di TendangTerajang