Pages

Wednesday, 24 April 2013

[TERKINI] : TAHNIAH @KhalidSamad DI ATAS PENGANUGERAHAN PINGAT KHIDMAT CEMERLANG (PKC) #PRU13


Siapa tidak kenal dengan Khalid Samad? Pemimpin Pas yang sombong dan angkuh! Baru-baru ini dalam ceramah bersama Mat Taib di Shah Alam, beliau mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencalonkan Zulkifli Nordin sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Shah Alam adalah kerja paling bodoh.

Beliau dengan sombong mendakwa Zulkifli tidak layak berlawan dengannya kerana sokongan pengundi di Shah Alam terhadap beliau semakin meningkat. Beliau dengan penuh yakin akan mengekalkan kerusi Parlimen Shah Alam yang dimenanginya sebelum ini.

Benarkah sokongan terhadap Khalid Samad meningkat? Jika benar, apakah faktor peningkatan sokongan terhadap beliau?

Jika dinilai prestasi Khalid Samad sepanjang perkhidmatan beliau, Khalid Samad terbukti banyak membawa bencana dan malapetaka kepada warga Shah Alam. Bermula dengan masalah kutipan sampah yang tidak selesai, masalah banjir kilat bila hujan lebat dan terkini, masalah kewujudan rumah-rumah urut yang melambak-lambak di Shah Alam.

Ini bukan fitnah! Ini adalah realiti di mana warga Shah Alam boleh melihat perubahan itu sendiri! 


Dalam tempoh perkhidmatan beliau selama 5 tahun, siapa boleh menyangka akan terbinanya rumah-rumah urut yang tumbuh bagai cendawan di Shah Alam? Tiada siapa boleh menyangkal perkara itu.

Sebagai seorang pemimpin yang mengaku kononnya orang alim dan kuat agama walaupun kuat makin-hamun orang. Khalid Samad wajib memelihara bandaraya Shah Alam dari dijangkiti virus rumah urut yang melanda negeri Selangor ketika ini. 

Ini kerana beliau adalah wakil rakyat di Shah Alam dari sebuah parti Islam, iaitu PAS.

Ternyata Khalid Samad gagal, bukan satu rumah urut yang terbina sebaliknya setakat ini sudah ada 17 rumah urut dikesan beroperasi tanpa segan silu di bandaraya Shah Alam. Semua rumah urut itu dibina ketika Khalid Samad menjadi wakil rakyat di sini.

Dan yang terbaru, di saat Khalid Samad sibuk berkempen dan membuat fitnah, satu lagi rumah urut dikesan beroperasi sejak dua minggu lepas di Seksyen 15, bersebelahan dengan kompleks Dataran Automobil.

Lebih dahsyat, rumah urut itu tanpa segan silu menawarkan perkhidmatan seks dengan kata laluan - urut batin. Dengan hanya RM50 sahaja, warga Shah Alam sudah boleh mendapatkan khidmat urutan batin atau lebih terkenal sebagai 'volcano massage' di kalangan pelabur-pelabur lendir.

Inilah bencana yang dimaksudkan oleh penulis yang dibawa oleh Khalid Samad. Penduduk di Shah Alam sudah pasti mahukan perubahan, sebab itu beliau dipilih sebagai wakil rakyat sebelum ini. Namun perubahan yang dibawa sungguh mendukacitakan, bandaraya Shah Alam sebuah bandaraya Islam hanya tinggal kenangan.

Jadi, warga Shah Alam jangan pelik jika banyak bencana melanda Shah Alam sejak akhir-akhir seperti banjir kilat dan lain-lain. Mungkin itu adalah balasan dari Allah kerana terlalu banyak pusat maksiat dibina sepanjang perkhidmatan Khalid Samad di Shah Alam.

Warga Shah Alam jangan kena tipu dua kali!



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini