56 AkuJanji BN Selangor ini meliputi tujuh aspek pokok utama termasuk masa depan lebih cerah, masyarakat lebih prihatin, kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera, dan perumahan mampu milik selain turut meletakkan usaha untuk menjadikan Selangor lebih inovatif, Selangor lebih progresif dan Selangor lebih mesra alam.
Pelancaran AkuJanji BN itu dirasmikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Selangor turut dihadiri beberapa pemimpin kanan BN Selangor.
Sumber: teamediaselangor.blogspot.com