[TERKINI] : "NO KOMEN" - MUSTAFA ALI

Friday, 12 April 20130 comments


SHAH ALAM - Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dikaitkan dengan rakaman video seks terbaru enggan mengulas berhubung dakwaan tentang penglibatannya.

Memetik kenyataannya dalam portal Harakahdaily, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya untuk tindakan susulan.

"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan.

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," dalam satu kenyataan ringkas.

Video berdurasi 11.28 minit itu dimuat naik lewat petang semalam dalam laman blog Hapraknews.blogspot.com memaparkan seorang lelaki mirip Mustafa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di bilik sebuah hotel.

Ini merupakan video aksi seks pertama yang didakwa melibatkan pemimpin PAS.

Kepimpinan PKR sebelum ini telah beberapa kali dikaitkan dengan rakaman video dan gambar aksi lucah yang tersebar di internet.

Namun kesemua pemimpin berkenaan menafikan perbuatan itu dan mendakwa ia didalangi oleh Umno.
Share this article :

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger