Pages

Friday, 19 April 2013

[TERKINI] DEBAT PERDANA : ZULKIFLI NORDIN VS KHALID SAMAD #PRU13 #SayangiSelangor #UbahSelagor #BetterNation


Bekas Ahli Parlimen Bebas di Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin bertekad menumbangkan calon pakatan haram di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pakatan haram di Shah Alam, yang juga ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pakatan haram.

Zulkifli akan mula turun padang sebaik sahaja penamaan calon dibuat pada esok hari untuk memberi penjelasan dan menyedarkan rakyat.

Menurut sumber, selain bertemu dengan pengundi di Shah Alam, beliau bersedia untuk berdebat dengan calon Pas, Khalid Samad pada bila-bila masa sepanjang kempen pilihan raya ini.

Persoalannya, adakah Khalid Samad bersedia untuk berdebat dengan Zulkifli Nordin?. Jika kedua-dua bersetuju, debat itu sudah pasti akan menjadi tumpuan kerana setakat ini belum ada lagi calon-calon menyatakan untuk berdepat dengan lawan masing-masing.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada PAS apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini