Zulkifli dengan penuh keinsafan dan rendah diri telah mengadakan satu sidang media bagi menyuarakan keinsafan beliau terhadap kenyataan yang dibuat 10 tahun yang lalu. Sila lihat video di bawah.
Isu yang dimainkan oleh pihak pakatan haram kononnya Zulkifli menghina orang India adalah kesilapan beliau ketika masih berjuang bersama PAS.
Memang kenyataan yang dibuat oleh Zulkifli itu adalah satu kesalahan yang boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia. Namun adakah kita sebagai manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan tidak boleh memaafkan Zulkifli? Apatah lagi beliau secara terbuka memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat India.
Penulis yakin, masyarakat India telah menerima permohonan maaf itu. Masyarakat India bukan bangsa yang kejam dan tidak bertimbang rasa. Tindakan memaafkan adalah perbuatan yang mulia.
Yang menjadi masalah adalah pihak pakatan haram yang memanupulasikan isu itu hanya selepas Zulkifli tidak lagi bersama mereka. Rakaman itu dibuat 10 tahun yang lalu.
Lihatlah bertapa hipokritnya tindakan pakatan haram yang jelas punya niat jahat untuk memporak- perandakan hubungan baik antara kaum dengan menjadikan kenyataan Zulkifli sebagai modalnya.
Mereka fikir, bila negara huru-hara, peluang untuk menakluk Putrajaya semakin mudah.
Namun, adakah masyarakat India sudah lupa dengan tindakan kerajaan Selangor yang telah merobohkan sebuah kuil di Sepang pada tahun lalu? [klik sini]
Sehingga kini belum ada lagi permohonan maaf oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terhadap tindakan itu. Adakah masyarakat India hanya membiarkan sahaja?
Oleh itu, masyarakat India jangan mudah terperdaya dengan taktik yang dimainkan oleh pakatan haram.
Oleh itu, masyarakat India jangan mudah terperdaya dengan taktik yang dimainkan oleh pakatan haram.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini