Pages

Saturday, 20 April 2013

[PRU13] BEKAS PEMUDA PAS BERTANDING CALON BEBAS DI SHAH ALAM


SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin bersama calon DUN Batu Tiga, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin dan DUN Kota Anggerik, Mohd. Yusof Din mendahului proses penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 di sini.

Mereka bertiga masuk ke dewan tersebut tepat jam 9.00 pagi sebaik pintu pagar dewan itu dibuka dan Pengurus Pilihan Raya Parlimen tersebut, Datuk Mohd. Jaafar Mohd Atan mengumumkan proses pencalonan dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

Ketiga-tiga mereka tiba di pusat itu kira-kira pukul 8.45 pagi ini.

Calon Pas bagi Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad diikuti calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yaakob Sapari bersama calon PKR bagi DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, masing penyandang kerusi tersebut tiba di sini pada pukul 8.55 pagi dan terus memasuki dewan pencalonan selepas calon BN masuk.


Sementara itu, calon Bebas bagi kerusi DUN Kota Anggerik, Eriq Faisal Rusli, 33, tiba pukul 9.35 pagi untuk menyerahkan borang pencalonannya. Beliau adalah bekas ahli pemuda Pas.


Seorang lagi calon Bebas turut bertanding bagi kerusi DUN Batu Tiga, Uzi Che Hussin, 32 tahun.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini