[TERKINI] DEBAT PERDANA BN VS PAS SABTU INI DI BANGI #PRU13 #SayangiSelangor

Friday 26 April 20130 comments


KUALA LUMPUR 26 April - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain@Zakaria bersedia menyahut cabaran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) untuk berdebat dengan calon Pas berhubung manifesto parti masing-masing Sabtu ini.

Mohd. Zaidi berkata, persetujuan rasminya itu sekali gus menepis tuduhan persatuan mahasiswa tersebut dan ahli-ahli Pas kononnya beliau takut dan menolak tawaran berkenaan.

"Jangan tuduh saya menolak tawaran itu kerana jemputan dihantar pada waktu pagi ketika saya keluar berkempen.

"Saya hanya mengetahui tentang perkara itu pada sebelah petang. Sebelum sempat saya memberi jawapan mereka terus buat tuduhan melulu kononnya saya menolak," katanya kepada Utusan Online selepas menyampaikan ceramah di dua lokasi di Kajang dekat sini malam tadi.

Dalam ceramah itu, Mohd. Zaidi turut menerima ikrar daripada 1,500 ahli Persatuan Bugis Selangor yang diwakili Presidennya, Shamsul Alang Hamsa yang akan mengundi beliau dan calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. - UTUSAN ONLINE
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger