[PRU13] SIAPA DR IDRIS AHMAD YANG GANTI KHALID IBRAHIM DI IJOK!!?

Sunday, 14 April 20132comments


Ternyata desas-desus kononnya Khalid Ibrahim akan lari ke Pelabuhan Klang jadi kenyataan apabila pada semalam beliau secara tidak rasmi mengumumkan dalam 'twitter' peribadi beliau.

Tempat beliau pula akan digantikan dengan Dr. Idris Ahmad yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Persoalannya, bagaimana seorang pemimpin di Kuala Lumpur dihantar untuk menjadi calon di Selangor. Adakah sudah tiada lagi calon atau pemimpin PKR di Selangor yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim?

Menurut sumber, Dr. Idris Ahmad telah memulakan gerakan sebaik nama beliau dipilih oleh kepimpinan PKR. Beliau pada semalam telah mengumpul saudara-mara dan ahli keluarganya bagi meminta sokongan mereka untuk membantunya berkempen di Ijok. Beliau juga dikatakan berasal dari Kuala Selangor.

Namun, kepimpinan dan penyokong PKR Cabang Kuala Selangor dikatakan tidak senang dengan pemilihan Dr. Idris Ahmad sebagai calon di Ijok. Mereka turut kecewa apabila pihak kepimpinan PKR tidak pernah berbincang dengan kepimpinan Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan calon di sana.

Kemelut ini sudah pasti mengganggu persiapan PKR Kuala Selangor dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Jika tiada penyelesaian, Dr. Idris Ahmad kemungkinan berdepan dengan sabotaj oleh penyokong dan ahli PKR di sana.


Share this article :

+ comments + 2 comments

14 April 2013 at 19:52

sapa-sapa nak bertanding di Ijok kena minta Izin dari sami KUIL HINDU. dulu orang India pernah diTIPU!!!!!

17 April 2013 at 09:57

Realitinya tiada kemelut dlm PKR ijok ...ianya cuma disabotaj oleh ajen2 UMgok yg sudah tiada wawasan & menanti kepupusan....hidup PKR!...TAKBIR!...SEMOGA KEJAYAAN GEMILANG untuk Dr Idris...perjuangan diteruskan...

Post a Comment

Random Posts

 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger