[PRU13] LAWAK! SALAHUDDIN YAKIN JADI MB JOHOR!!! #LuaskanKuasamu #SouthernTigers

Monday, 29 April 20130 comments


JOHOR BAHRU- Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berlakon sebagai pemimpin tertinggi negara di pentas ceramah, malam tadi Salahuddin Ayub pula membayangkan dia sebagai Menteri Besar Johor.

Walaupun sebelum ini Naib Presiden Pas itu berkali-kali menafikan tujuan beliau 'pulang' ke Johor kerana mahu menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri itu, tetapi dalam ceramahnya di Taman Perling malam tadi menceritakan sebaliknya.

Sama ada terlalu ghairah berucap atau semenangnya sudah menanam hasrat, calon Pas bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya itu memberikan gambaran bahawa dia adalah calon bagi jawatan itu.

"Kita perlu ambil alih Putrajaya dan Nusajaya sebab dengan itu saya boleh masuk pejabat Menteri Besar, baru boleh kita tengok pelan besar tanah seperti Danga Bay dan Kampung Sungai Perling," katanya di hadapan tidak sampai 200 orang yang hadir.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang hadir sama pada siri ceramah itu menerima situasi memalukan apabila sebahagian penduduk yang hadir bertindak 'angkat kaki' sejurus dia memulakan ucapan.

Nyata tindakan sebahagian hadirin itu berbaloi kerana ucapan Muhammad atau lebih dikenali Mat Taib itu ternyata tidak bermanfaat kepada para pengundi di kawasan tersebut, melainkan hanya dipenuhi dengan puji-pujian ke atas pemimpin pembangkang.






Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger