[PANAS] : KISAH BENAR 'DATUM JELATEK'!!! #SaveSlgr #PRU13

Tuesday, 2 April 20130 comments



Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor terus membuat kejutan demi kejutan dengan pelbagai konflik dalaman yang melanda pertubuhan itu serta pengumuman projek tidak masuk akal sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan Selangor pada 2008.

Terdahulu pergolakan PKNS berlaku apabila buat kali pertama dalam 44 tahun penubuhan kesatuan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melantik dari kalangan bukan Melayu, Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar pertubuhan tersebut. Lantikan ini mendapat pelbagai bantahan dari ramai pihak terutama rakyat selangor.

Di tambah dengan pengumuman pelbagai pembangunan kondominium mewah seperti projek kondominium Dolomite Park Avenue yang berhampiran di Batu Caves dan Datum Jelatek di kawasan Melayu Lembah Keramat yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana yang turut mendapat bantahan berikutan tapak Datum Jelatek telah dijanjikan untuk tujuan pembangunan projek rumah mampu milik tetapi berlaku sebaliknya.

Projek ini Datum Jelatek diumumkan oleh Menteri Besar sendiri pada 9 Februari 2010 dan Azmin Ali pada ketika itu masih menyandang jawatan sebagai Pengerusi PKNS sehingga beliau meletakkan jawatannya pada 23 Jun 2010.

Tambah menyedihkan pembangunan dibawah seliaan PKNS itu bukannya untuk warga tempatan tetapi bagi rakyat asing yang jelas tidak dialu-alukan oleh penduduk setempat. Tambahan pula, Azmin juga merupakan Ahli Parlimen Gombak di mana lokasi Datum Jelatek terletak di DUN Ampang yang berada di bawah jajahannya.

PKNS dilihat sebagai ‘membunuh’ warga tempatan khususnya rakyat Selangor sendiri apabila dua dari empat blok (Tower A & C) telah dijual kepada syarikat Singapura melalui agen pemasaran Datum Jelatek, ERA International Real Estate ketika pameran projek tersebut di Sands Expo and Convention Centre, Marina Bay Sand, Singapura pada 2 hingga 4 November 2012 yang turut dihadiri Pengurus Besar PKNS Othman Omar.

Dalam pada itu, pemaju bersama projek Datum Jelatek, Wiramas Hartanah (M) Sdn Bhd menyatakan Podium tapak perniagaan setinggi empat tingkat yang dikenali sebagai Datum Hall termasuk Pejabat Suite di khaskan bagi pelabur Singapura sahaja.


Perkara ini bercanggah dari pelan asal pembangunan lot seluas 5.8 ekar itu dari pembinaan 318 unit pangsapuri, 44 unit kedai mampu milik dan 22 unit bazaar kepada projek Datum Jelatek yang menempatkan 574 unit kondominium mewah, skybar, resoran mewah, Podium jualan dan unit pejabat kelas A.

Terbaru, dua blok yang telah dibeli syarikat Singapura sebelum ini telahpun dijual kepada pelabur di China dan baki dua blok (Tower B & D) telahpun dibeli juga dari pelabur Singapura dan Indonesia.

Sebelum ini, PKNS dalam rangka kerja projek Datum Jelatek menyatakan baki dua blok yang belum dijual akan diagihkan iaitu 50 peratus dari kuota tersebut untuk penduduk Melayu bumiputra dan selebihnya kepada bukan melayu.


Hal ini jelas bertentangan dengan pelan asal projek tersebut dan menambahkan kemarahan penduduk setempat terutama dari kalangan penduduk Keramat sendiri ibarat Kera Di Hutan Di Susukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan.

Dalam pada itu, rakyat turut mempersoal tindakan PKNS melantik konsultan dari Singapura, Surbana International (M) Sdn Bhd bagi sebuah projek perbadanan yang tujuan asalnya adalah membangunkan sosioekonomi rakyat Melayu Bumiputra Selangor.

Tindakan PKNS melantik arkitek dari luar juga dari syarikat yang sama mendapat respon negatif berikutan ramai di kalangan rakyat tempatan berkebolehan serta lebih layak dari kumpulan tersebut bagi mereka-bentuk sesebuah pelan pembangunan.

Surbana International juga merupakan syarikat yang dilantik Kerajaan Pulau Pinang bagi mereka-bentuk pelan perumahan Bandar Cassia di Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga dikecam penduduk sepertimana yang berlaku di Keramat apabila lebih mengutamakan warga asing dari rakyat tempatan.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger