KEJADIAN PELIK #OpsDaulat ! TRAK BAWA PENGGANAS MERAGAM!!!

Saturday, 6 April 20130 comments


KUALA LUMPUR - Pengalaman terpaksa bertukar trak sebanyak tiga kali akibat rosak semasa membawa pengganas Kiram dari Felda Cenderawasih ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah adalah antara situasi 'pelik' dialami oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) semasa bertugas dalam Ops Daulat.

Seorang pegawai JSJ dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Inspektor Raja Munawer Shah berkata, keadaan amat membimbangkan kerana sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 150 kilometer itu mereka terpaksa melalui perkampungan yang didiami bangsa Suluk di tepi pantai.

"Sama ada ia secara kebetulan atau sebaliknya, kami terpaksa membuat penukaran trak setiap kali kenderaan itu meragam dan tidak bergerak.

"Sepatutnya kami sampai ke IPD sejam setengah sahaja. Mungkin juga perkara itu terjadi secara kebetulan kerana kemungkinan trak sudah usang dan tidak diservis tetapi akhirnya kami tiba dengan selamat," katanya.

Beliau menceritakan detik itu ketika ditemui pada majlis menyambut kepulangan 134 wira Lahad Datu dari JSJ di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Sementara itu, rakan setugasnya, Inspektor Johari Yahya dari Kontinjen Kedah memberitahu, antara pengalaman yang sukar dilupakan adalah ketika dia dan bersama 20 lagi rakan mengiringi pegawai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk membuat pemantauan di beberapa pulau di Semporna.

"Ketika itu suasana masih lagi berbahaya dan apa sahaja boleh berlaku. Bersama kami ketika itu adalah orang kenamaan dan pegawai kerajaan yang sedang membuat penelitian bagi menjayakan Esscom.

"Kami kemudian menerima maklumat tiga pengganas Kiram membawa senjata berat menghampiri kumpulan kami dan terpaksa membawa keluar rombongan tersebut dengan pantas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya.
Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger