Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan negeri dibawah pemerintahan PKR gagal menunaikan janji mereka sehingga disaman oleh pelbagai pihak.
"Mereka terbukti gagal tunaikan janji. Ibu tunggal merana apabila janji beri elaun tidak dipenuhi. Warga emas merana, anak muda merana. Sudah tiba masa kita tukar kerajaan selangor. Kita rampas kembali kerajaan negeri, kita rampas SUK bagi menjamin kehidupan lebih baik.
"Cukup dengan pembohongan mereka, tipu helah.. Dah sampai masa untuk tukar kerajaan negeri. Dan kita beri peluang untuk BN. BN akan lakukan perubahan yang besar di negeri Selangor."
Najib berkata demikian pada Program Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, petang tadi.
Dalam pada itu beliau menyeru golongan muda memilih kerajaan yang telah terbukti membawa banyak perubahan, selain sentiasa menepati janji kepada rakyat.
Najib berkata semangat dan keberanian dari anak-anak muda bakal memberikan perubahan besar dalam menentukan masa depan negara.
"Pilihan Raya pada kali ini adalah pilihan raya pada semua, lebih-lebih pada orang muda. Sebab orang muda yang menentukan kejayaan kita.
"Kita semua dalam 1 ikatan, pilihan orang muda adalah untuk BN, parti pembangkang sudah gagal untuk menepati janji dan mentadbir Selangor dengan baik, masalah rakyat tak selesai, jadi ini masa untuk tukar kerajaan."
Pakatan Rakyat menang 36 kerusi dan BN 20 kerusi. Untuk memperolehi majoriti mudah di Selangor, sesebuah gagasan itu memerlukan 29 kerusi.
+ comments + 1 comments
Lihat video ucapan penuh himpunan patriotik anak muda Selangor di blog media shah alam