[WAJIB BACA] : MENGAPA ANWAR TIDAK SAMAN 'Reuters', MEDIA FILIPINA???

Wednesday, 6 March 20130 comments


Tabiat Anwar Ibrahim yang sentiasa menyaman media arus perdana terutama Utusan Malaysia dalam cubaan menutup kesalahannya sememangnya sudah dijangka dan tidak menghairankan masyarakat di negara ini.

Penulis hairan dengan sikap 'pilih bulu' beliau kerana hanya menyaman Utusan Malaysia berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Sedangkan, Utasan malaysia hanya merujuk kembali berita yang disiarkan oleh Reuters dan beberapa laporan oleh media Filipina.

Pada 14 Februari lalu, Reuters mendakwa pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu itu berlaku atas jemputan parti pembangkang negara ini.

Reuters memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina bahawa kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumiddie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan tersebut. (sila rujuk di sini)

Jadi, laporan oleh media asing itu cukup serius dan tindakan Anwar Ibrahim yang hanya menafikan sahaja tidak cukup, apatah lagi laporan disiarkan oleh Reuters bukannya akhbar 'cabok' seperti Suara Keadilan dan Harakah.

Justeru, Rakyat wajar mempersoalkan keengganan Anwar Ibrahim menyaman media Filipina, Inquirer News, Reuters dan agensi perisikan Filipina yang terlebih terdahulu menyiarkan laporan tersebut.

Anwar Ibrahim jangan 'pilih bulu' dan wajib saman media asing jika laporan yang disiarkan itu palsu.

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger